Loading

Perutusan Pengerusi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera,

Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnianya Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad (KoopTK) kekal teguh dan menjadi payung kepada ahli-ahlinya. KoopTK telah didaftarkan pada 28hb Ogos 2009 di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan No: pendaftaran S-4-0884. KoopTK didaftarkan sebagai koperasi dengan fungsi perkhidmatan. KoopTK terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, pelajar dan suri rumah. KoopTK merupakan koperasi kredit ke-3 terbesar di Sabah dan menawarkan bantuan kewangan kepada ahli yang memerlukan.

Dari tahun ke tahun, KoopTK terus berkembang dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaannya bagi memastikan kelestarian koperasi dalam mendepani situasi yang mencabar. Alhamdullillah, dengan inisiatif-inisiatif agensi berkaitan, dan pengurusan koperasi yang komited, KoopTK berjaya menjadi antara koperasi terbaik di Negeri Sabah. Saya berharap, koperasi kami akan terus maju di masa hadapan dan mengadaptasi setiap perubahan terkini. Kami juga berharap agar dapat bekerjasama dengan koperasi-koperasi lain bagi memastikan gerakan koperasi dapat maju bersama-sama dan bekerjasama.

Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Hussin

Pengerusi
Kopeasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad